ISU PROGRAM PARALLEL PATHWAY

KENYATAAN AKHBAR PERDIM Terlebih dahulu PERDIM sebagai Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia yang mewakili para Pengamal Perubatan Am (General Practitioners) di klinik-klinik swasta di seluruh negara ingin menegaskan bahawa kami hanya ingin memberikan pandangan di sudut perkhidmatan kami berkaitan isu yang masih hangat diperkatakan ketika ini iaitu program Parallel Pathway. Oleh kerana isu ini masih di dalam prosiding mahkamah, maka kami tidak akan menyentuh tentang aspek perundangan mahupun pengiktirafan program ini oleh MQA dan MMC. Apa yang kami ingin suarakan di sini adalah lebih bersifat umum yang melibatkan program Parallel Pathway ini untuk latihan kepakaran terutamanya di bidang Perubatan Keluarga (Family Medicine). Umum mengetahui bahawa sejak sekian lama proses latihan kepakaran pelbagai bidang termasuklah di bidang Perubatan Keluarga (yang lebih bersesuaian dengan kami) di negara ini telah melalui pelbagai evolusi sejak negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Jika dahulu proses latihannya dijalankan tanpa suatu struktur yang jelas di mana seseorang doktor yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat kepakaran akan mengambil peperiksaan (melalui inisiatif sendiri) yang disediakan oleh pihak kolej perubatan atau pembedahan yang berkenaan di luar negara seperti di UK, Australia dan sebagainya disamping terus bekerja di hospital masing-masing melalui bimbingan secara berterusan oleh Pakar-Pakar Perunding atau Ketua Jabatan di sesuatu bidang di hospital masing-masing. Selepas seseorang doktor itu lulus kesemua peringkat di dalam peperiksaan kepakaran tersebut (teori dan klinikal) di luar negara, maka mereka ini dikehendaki pula melalui proses pewartaan (gazettement) untuk suatu tempoh tertentu dan biasanya lebih kurang 18 bulan di bawah pengawasan para pakar perunding di sesebuah hospital sebelum mereka disahkan sebagai seorang Doktor Pakar di bidang tersebut. Keadaan berubah apabila keperluan mendapatkan perkhidmatan doktor pakar tempatan semakin meningkat dan ianya turut mengubah sistem latihan kepakaran para doktor tempatan secara lebih sistematik, terancang dan berstruktur melalui program-program Master dipelbagai bidang termasuklah Perubatan Keluarga (Family Medicine) oleh pelbagai universiti awam ketika itu seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Namun begitu negara masih juga mengalami kekurangan tenaga doktor pakar di pelbagai bidang kerana bilangan lulusan yang dapat dihasilkan melalui program-program Master pelbagai bidang kepakaran oleh universiti tempatan adalah amat terbatas. Maka, muncullah idea untuk mewujudkan peluang tambahan melalui program-program pengajian kepakaran melalui Parallel Pathway yang diusahakan oleh pelbagai badan profesional berkaitan dengan kerjasama kolej-kolej perubatan antarabangsa seperti di UK dan Australia serta mendapat sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan dan manfaat jangkapanjang yang boleh diperolehi melalui program-program Parallel Pathway sebegini diantaranya: a) Membuka peluang yang lebih meluas dan saksama kepada semua doktor yang berminat menyambung pelajaran di peringkat kepakaran dalam bidang masing-masing bagi menampung keperluan sistem kesihatan negara b) Kaedah pembelajaran yang lebih fleksibel serta mesra pelatih (para doktor yang masih bekerja sepenuh masa) di hospital dan klinik di seluruh negara melalui kaedah pembelajaran di dalam talian (online learning) disamping kerjakursus, bengkel, seminar, latihan amali, buku log, penilaian di tempat kerja secara berterusan dan peperiksaan akhir. c) Meningkatkan jumlah lulusan doktor-doktor pakar pelbagai bidang pada kadar yang lebih pantas bagi mencapai sasaran nisbah doktor pakar kepada jumlah penduduk yang menyamai atau hampir menyamai kadarnya di negara-negara maju. Sebagai contoh, buat masa ini program Master dalam bidang Perubatan Keluarga (Family Medicine) di Universiti-Universiti tempatan hanya dapat menghasilkan diantara 100-150 orang graduan pada setiap tahun berbanding dengan dua buah program Parallel Pathway di AFPM & MinTFM yang dapat menghasilkan lebih kurang 200 orang graduan setahun. dan setakat ini jumlah keseluruhan bilangan Doktor Pakar Perubatan Keluarga (Family Medicine Specialist) di negara ini hanyalah sekitar 1,300 orang berbanding jumlah yang diperlukan untuk mencapai kadar seorang doktor pakar Perubatan Keluarga kepada 4,000 orang penduduk (1:4,000) bagi lebih 32 juta orang rakyat Malaysia ialah sebanyak 8,000 orang Pakar Perubatan Keluarga (iaitu memerlukan lebih kurang 6,700 orang doktor Pakar Perubatan Keluarga lagi. Buat masa ini kadar bilangan doktor pakar Perubatan Keluarga kepada jumlah penduduk di negara maju seperti UK, Australia dan Ireland adalah di dalam lingkungan 1:2,000 iaitu 1:1,200 di UK; 1:1,000 di Australia dan 1:2,500 di Ireland. d) Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telahpun membentangkan pelan reformasi sistem kesihatan kebangsaan di sidang parlimen pada 15hb. Julai, 2023 yang antara lain menekankan kepentingan pemerkasaan sistem penjagaan kesihatan primer (Primary Health Care) sebagai tunjang pemacu kejayaan dalam menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan jangkapanjang, kesihatan mental dan kesihatan warga emas, rawatan dan pencegahan penyakit bukan berjangkit/kronik atau NCD (Non-Communicable Diseases) dan kualiti kesihatan warganya yang lebih baik dan berkesan serta menjimatkan. Maka, soal latihan kepakaran melalui program Parallel Pathway terutamanya di bidang kepakaran Perubatan Keluarga (Family Medicine) ini bukan saja perlu diberikan tempat dan pengiktirafan yang sewajarnya malah patut diperkasakan lagi melalui penyertaan pelbagai pihak yang terlibat termasuklah sumbangan yang boleh dimainkan oleh pelbagai badan profesional dan persatuan perubatan seperti PERDIM, IMAM, MMA, FPMPAM dan MPCAM ke arah memastikan bahawa program-program Parallel Pathway ini bukan saja berkualiti, selamat dan memenuhi piawaian antarabangsa, malah akan turut menepati kehendak dan keperluan semasa negara pada kadar yang lebih pantas secara lebih tuntas dan berkesan melalui penglibatan pelbagai pihak. Kesimpulannya, PERDIM menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam meminda Akta Perubatan 1971 yang berkaitan bagi membolehkan program-program Parallel Pathway untuk semua jenis kepakaran dapat diperkasakan lagi tanpa halangan dari segi perundangan dan pengiktirafan agar negara akan dapat menghasilkan lebih ramai doktor pakar pelbagai bidang di masa depan disamping tidak mengetepikan ciri-ciri kualiti, akreditasi, keselamatan dan kecemerlangan para graduan yang bakal dilahirkan kelak.
KHATAN LELAKI – SUNATHON PERDIM

KHATAN adalah satu prosedur yang perlu dilaksanakan kepada lelaki Muslim sebagai memenuhi tuntutan kewajiban Islam. Tok Mudim (juru khatan) telah wujud dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia sejak berzaman . Akan tetapi dengan kemajuan dalam bidang perubatan, peranan mereka perlahan-lahan digantikan oleh jurukhatan yang terlatih dalam bidang perubatan moden iaitu pakar-pakar bedah, doktor-doktor dan para-medik. Kemajuan bidang pembedahan juga telah memperkenalkan variasi Teknik dan kaedah khatan untuk pilihan. Cuti Sekolah bermula dan kebiasaannya Kanak-kanak lelaki Muslim di atur melalui proses berkhatan di klinik-klinik atau hospital. Ada juga penganjur setempat yang menyediakan kemudahan berkhatan beramai-ramai berserta Majlis meraikan dan kesyukuran. Program berkhatan beramai-ramai telah pun menjadi suatu budaya tradisi di negara ini. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak manfaat kepada masyarakat. Selain menjadi suatu tempat pertemuan sosial dan menjalin kerjasama berbagai pihak, ia menjadi saluran Kebajikan melalui sumbangan tenaga dan wang ringgit dalam membantu kanak-kanak yatim, Asnaf dan kurang kemampuan melaksanakan kewajiban tuntutan Islam ini. Terdapat kes-kes komplikasi khatan telah dilaporkan setiap tahun yang memerlukan perhatian pakar-pakar bedah. Walaupun jumlahnya sedikit, satu makanisma berkesan untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi seperti ini perlu dilakukan. Latihan dan pemantauan kompetensi jurukhatan sangat diperlukan pada masa ini untuk memastikan garispanduan prosedur khatan dilakukan dengan selamat. SUNATHON adalah satu penggabungan perkataan yang diperkenalkan oleh Pengamal Perubatan Klinik Swasta dari Pertubuhan Doktor – Doktor Islam Malaysia (PERDIM) iaitu SUNAT (khatan) dan MARATHON. PERDIM telah menganjurkan dan terlibat dengan Acara Berkhatan beramai-ramai sejak 2015 lagi. Objektif utama adalah membantu pelaksanaan Khatan yang mematuhi peraturan prosedur perubatan (SOP) dengan kaedah yang Selamat, memudahkan dan cepat untuk ramai kanak-kanak dalam satu masa. Ianya juga satu peluang kebajikan kepada Ahli PERDIM memberikan sumbangan kepada Kanak-kanak dan keluarga kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti. Justeru , PERDIM pada ketika itu dipengerusikan oleh Dato Dr Shukri Ismail dan dianggotai oleh pengamal perubatan profesional muslim mengorak langkah untuk turun padang menganjurkan dan melaksanakan berkhatan beramai-ramai pada setiap tahun dengan kerjasama berbagai pihak. Pada program sulung SUNATHON 2015, PERDIM telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 dan Masjid Al Aman Lembah Jaya Selatan, Ampang, Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN kawasa. Jawatankuasa program yang dipengerusikan oleh Dr Norzaidi Zakaria ini dapat mengumpulkan sejumlah sumbangan dan kelengkapan termasuklah khidmat Doktor dan paramedik yang melaksanakan prosedur, peralatan khatan seperti klamp dan alat laser, peralatan steril, ubat-ubatan, cenderahati kanak -kanak dan kewangan dari Ahli – ahli PERDIM dan penderma serta penyumbang dari berbagai sumber. Hampir 500 kanak-kanak telah melalui prosedur ini dengan selamat. Pada 26 November 2016, SUNATHON PERDANA dengan tema `Potong untuk Sihat‘ telah diadakan di Masjid Putrajaya dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu YAB Dato‘ Seri Najib Abd Razak. Program Kerjasama bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya dan Masjid Putra, Putrajaya ini telah berjaya mengkhatankan seramai 1300 kanak-kanak termasuk 300 orang anak-anak yatim dan kanak-kanak dari golongan asnaf yang dikhatankan secara percuma dan memenuhi tuntutan Islamic Social Responsibility (ISR). Program saringan kesihatan untuk hadirin dan masyarakat setempat juga telah dijalankan serentak . Tahun berikutnya pada 2017, SUNATHON bertemakan ‘Bersama Melaksana Tanggungjawab Sosial’, PERDIM telah menjalin kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah. Seramai 200 kanak-kanak termasuk golongan Yatim dan asnaf telah dikhatankan dengan kaedah pembedahan dan klamp oleh lebih 20 orang profesional diketuai oleh Dr Shah Reza Khelikuzaman. Program SUNATHON membuktikan PERDIM sebagai sebuah persatuan yang dianggotai oleh profesional perubatan Islam dapat memberikan contoh terbaik penekanan kepentingan piawaian mematuhi garispanduan prosedur (SOP), tatacara , kaedah dan perlaksanaan penganjuran berkhatan beramai-ramai yang dilaksanakan di negara ini. Kesungguhan Penglibatan PERDIM dalam meningkatkan Kualiti dan Keselamatan mematuhi garispanduan prosedur Khatan telah diterjemahkan dalam penganjuran Kursus Latihan Prosedur Operasi Standard dan Kompetensi Jurukhatan sejak 2017. Panel adalah terdiri dari Jawatankuasa PERDIM, Pakar Bedah Am dan Pakar Bedah Kanak-kanak serta Ahli PERDIM yang berpengalaman dalam prosedur khatan berbagai teknik dan kaedah seperti pembedahan cautery, peralatan laser, klamp dan stapler. Objektif latihan bersiri dalam Kursus ini adalah untuk memantau penyeragaman amalan dan prosedur-prosedur khatan, mengenalpasti jurukhatan-jurukhatan yang kompeten sahaja dibenarkan melakukan prosedur khatan, menjadikan prosedur khatan selamat dengan penekanan aspek keselamatan pesakit dan mencapai target ‘komplikasi-sifar’ perlaksanaan khatan. Pelaksanaan Program telah dijalankan secara berperingkat seperti merangka Kertas Kerja Cadangan yang lengkap Kursus Latihan Prosedur Operasi Standard dan Kompetensi Jurukhatan, mendapatkan persetujuan dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia, menyediakan jurulatih-jurulatih dan fascilitator-fascilitator yang mahir, menyediakan silibus SOP Khatan yang mengandungi prosedur-prosedur yang lengkap dan sesuai untuk khatan lelaki (bayi, kanak-kanak dan dewasa), melaksanakan latihan SOP dan kompetensi untuk doktor-doktor dan paramedik – paramedik berdaftar. Usaha- usaha ini telah diteruskan oleh Dr Abdol Rashid bin Masrom yang juga Exco PERDIM melalui MADOCS (Malaysian Doctor of Circumcision Society) dimana beliau adalah Presidennya. Kursus Komprehensif Berkhatan (Comprehensive Circumcision Course) adalah program yang berterusan di aturcarakan. PERDIM dan MADOCS telah dijemput memberikan latihan dan kursus juru khatan oleh beberapa pihak seperti Hospital swasta dan pertubuhan , juga turut menjayakan beberapa program khidmat khatan (CSR) beramai-ramai di beberapa tempat. PERDIM dan MADOCS juga telah dijemput bersama Kementerian Kesihatan Malaysia yang menubuhkan Jawatankuasa Mesyuarat Semakan Garis Panduan Berkhatan (bagi Kanak- kanak lelaki) untuk membincangkan secara terperinci perkara-perkara berkaitan. Selepas fasa Pandemik, tahun ini PERDIM sekali lagi akan menganjurkan SUNATHON MEGA. Presiden PERDIM Dr Boi Saidi telah menzahirkan kerjasama dengan Jabatan Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri), Jawatankuasa Masjid Putra Jaya dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah. YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Jabatan Wilayah Persekutuan juga dijangka akan merasmikan program pada 2 hb Mac 2024. Kali ini PERDIM mensasarkan seramai 300 orang Kanak kanak Yatim, Asnaf dan tidak berkemampuan untuk dikhatankan secara percuma melalui sumbangan pihak penganjur. PERDIMakan terus merealisasikan slogan Peneraju Kesihatan Ummah dan bersama meningkatkan kualiti amalan perubatan dan kesihatan di Malaysia. (Dr H -Biro Maklumat & Teknologi)
Keynote Address by PERDIM PRESIDENT

Perdim is the Organization of Malaysian Muslim Doctors and its establishment is very important as it marks a page in history whereby for the first time, Muslim doctors in Malaysia are unified under one roof for the collective well-being and for the benefit of the nation’s ummah. It’s core value is based on directions and goals that are in harmony with the Islamic core values in which the syahadah (testimony) and iman (faith) form the backbone of our labours and direct our every step. Let us be united and steadfast in His mercy. Such is the words of wisdom. We are thankful for the establishment of Perdim because with Perdim, we are united and by being united, we will be strong, our interests will be protected, our voices will roar and will be heard. Let us march together to a more brilliant future with Islam as a guiding light. And let us be united in thought and purpose under Perdim, in strengthening the unity of the ummah with love and affection. One of the major tasks of Perdim is to improve and enhance the system of private clinics in terms of professionalism and services rendered. It is crucial that with the enhancement that will be implemented later, the healthcare system is still made affordable to all Malaysians. Perdim is a proactive organization and will continue to actively engage in this enhancement process and reject any changes in the system that is not necessarily good for the country as a whole and the Malaysian public in particular. In fact, it has been proven that other countries are now aspiring to emulate our system. Perdim wants to perpetuate this “affordable” and “reachable” health system because this is the meaning of wellness. This wellness must be maintained for the ummah, the people and the nation in particular. Currently, Perdim has reached a considerably good position whereby Perdim is not only the driver but also leads in related discussions at the national level. We are also proud to announce that Perdim has been successful in bringing together other doctors’ unions to both engage and unite with us in the struggle. Other unions have been able to sense the aura of the Perdim. And this is very important. This aura causes the others to follow-suit and join together. They can recognize a genuine and sincere struggle that is devoid of personal interest. Perdim is also currently playing an active role as well as being a catalyst and mobilizer to cooperate with the various bodies and unions of doctors in Malaysia and abroad in professional medical knowledge programs as well as in the resolution of various health problems through an Islamic perspective. Perdim also serves as a liaising body to all Islamic professional entrepreneurs over the various fields in this country and throughout the world In short, Perdim advocates the unification of the universal ummah regardless of geographical borders. The Malaysian Islamic doctors have initiated a step. The first step is very important in every struggle. May God be with us in the Perdim. Perdim is the driver for the wellness of the ummah. Sincerely, Dr Boi Saidi b Abd Razak President Perdim Perdim.org
Event Iftar & Terawih

Sunathon Mega
